Resepi Agar Agar Buah Laici


Bahan-Bahan:

1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis)
1 ½ cawan gula pasir
1 peket agar-agar
2 helai daun pandan
5 cawan air

Cara:

Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi.

Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

No comments: